Pages

Tuesday 1 January 2013

Asas Forex | Apa Itu Spread?



APA ITU SPREAD?
Perbezaan diantara harga BID dan ASK dinamakan SPREAD.
Gambarajah di atas adalah sesuatu yang lazim dapat dilihat di mana-mana laman web FOREX atau perisian trading broker-broker FOREX.
Pada contoh diatas menunjukkan EUR/USD di mana Euro adalah matawang dasar (BASE CURRENCY) dan USD adalah Quote currencies. Dalam contoh gambarajah diatas anda boleh membeli Euro dengan kadar 1.4502 dan anda boleh menjual Euro dengan kadar 1.4505
Spread dalam contoh ini adalah perbezaan di antara harga BUY dan SELL. Dalam contoh ini, spread adalah USD$1.4502 – USD$1.4505 =USD$0.0003 atau juga dikenali sebagai 3 pip. Ini bermakna, jika anda telah membeli pair ini pada harga 1.4505 dan tiba-tiba menukar fikiran, anda hanya boleh menjualnya pada harga 1,4502. Anda akan kerugian -3pip . Ini ialah spread. Spread inilah sebenarnya yang diambil oleh broker sebagai pendapatan atau revenue bagi syarikat broker itu.
Spread ini berbeza diantara satu pair dengan pair yang lain. Ianya juga berbeza di antara broker. Anda dicadangkan memilih broker yang memberikan spread (atau perbezaan) yang kecil kerana spread yang besar merugikan anda.

No comments:

Post a Comment