Pages

Tuesday 1 January 2013

Asas Forex VII | Apa itu Lots?


LOTS


  1. Lots adalah jumlah minimum ekuiti (matawang) yang diniagakan dipasaranforex.
  2. Matawang diniagakan dalam bentuk Lot untuk membolehkan keseragamanharga pasaran bagi sesuatu matawang.

Asas Forex VI | Apa Itu Pair Currency


Pasangan matawang


Pasangan matawang
 
  1. Urusniaga forex melibatkan pembelian dan penjualan matawang.
  2. BUY: Apabila anda membeli sesuatu pasangan matawang, anda sebenarnya membeli ‘forex major’ matawang itu, dan secara automatiknya menjual ‘forex crosses.’ pasangan matawang itu
  3. SELL: Apabila anda menjual sesuatu pasangan matawang, anda sebenarnya menjual ‘forex major’ matawang itu, dan secara automatiknya membeli ‘forex crosses.’ pasangan matawang itu
  4. Mengikut konvensyen sedunia, ‘forex major’ adalah lebih kuat berbanding dengan ‘forex crosses.’. Contoh: EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD, USD/CAD
Base currencies / Quote Currencies
 
Matawang Forex terbahagi kepada dua kelas yang utama iaitu forex major dan  forex crosses.
  • Forex Major merangkumi matawang yang nilainya lebih besar dari US Dollar contoh seperti matawang Euro(EUR),Great Britain Pound(GBP)
  • Forex Crosses pula ialah matawang yang lebih rendah nilainya berbanding US Dollar. Contoh seperti Japan Yen(JPY),Swiss France(CHF) dan Australian Dollar(AUS).

Asas Forex V | Apa Itu Nilai Pasaran?


Nilai pasaran

Nilai pasaran ialah nilai terkini dimana para pelabur boleh membeli dan menjual sesuatu pasangan matawang itu. Nilai pasaran ini akan berubah-ubah harganya dan perubahan ini dikenali sebagai ‘ticks’.
Apabila nilai pasaran ini naik, kita katakan pasaran “bullish” , sebaliknya, jika nilai pasaran pasangan tersebut jatuh, kita kenalinya sebagai ‘bearish’. Untuk mendapatkan keuntungan forex, kita perlu mempastikan dahulu arah pasaran bagi sesuatu pasangan matawang itu samada pasaran bagi pasangan tersebut ‘bullish’ atau ‘bearish’.
Jika arah pergerakan pasangan matawang itu naik atau bullish, kita hendaklah membuat trade 'BUY' atau juga dikenali sebagai 'LONG'. Sebaliknya, jika arah pasaran menurun, kita membuat trade 'SELL' atau juga dikenali sebagai 'SHORT'.



Asas Forex IV | Apa Itu Pips?


PIPS


Pips ialah nilai (perpuluhan) terkecil di dalam sesuatu pair matawang itu. Sebagai contoh, harga belian bagi pair GBP/USD ialah 1.8885. Jika pair ini berubah ke 1.8886, maka perubahannya hanyalah 0.0001. Perubahan 0.0001 ini kita katakan 1 pip.Nilai keuntungan pips adalah berbeza-beza diantara pair dan ianya juga bergantung kepada jenis akaun anda. Sebagai contoh, keuntungan 1 pip bagi pair GBP/USD adalah bersamaan USD1 (mini account) atau USD10 (standard account)

Asas Forex III | Kenali Broker Forex Anda



Broker Forex :
Setiap Broker Forex ada menawarkan pasangan(pair) matawang asing ini untuk didagangkan dan kita boleh mengaksesnya di Platform atau TradingStation yang disediakan oleh setiap syarikat broker.
Untuk memilih broker forex, pastikan bahawa broker forex itu telah berdaftar dan diiktiraf oleh Futures Commission Merchant (FCM) dan Commodity Futures Trading Commission (CFTC) dan juga ahli berdaftar dengan National Futures Association (NFA).
Lesen broker forex dikawal dengan dgn sangat ketat dan sukar diperolehi. Sesuatu syarikat broker forex itu perlu memenuhi syarat dan peraturan majlis kewangan antarabangsa seperti di atas. 
 
Contoh broker Forex ialah seperti InstaForex,Sila rujuk laman web broker tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang modal minimum, cara membuka akaun, cara pengeluaran
wang dan sebagainya kerana setiap broker adalah berbeza.

Contoh laman web broker : http://www.instafxpro.com/

Asas Forex II | Apa Itu Ask Price & Bid Price?


ASK Price (Harga Belian) & Bid Price (Harga Jualan)



ASK Price (Harga Belian)
ASK /BUY Price (Harga Belian) adalah harga dimana “dealer” sanggup menjual Matawang Dasar (BASE CURRENCY) kepada anda sebagai pertukaran dengan Matawang Quote (QUOTE CURRENCY). Bermakna ini adalah harga yang diberikan oleh dealer kepada anda jika anda hendak membuat pembelian matawang anda.
Bid Price (Harga Jualan)
BID Price (Sell price) adalah harga dimana “dealer” sanggup membeli Matawang Dasar (BASE CURRENCY) sebagai pertukaran dengan Matawang Quote (QUOTE CURRENCY). Anda boleh menjual matawang pada harga ini kerana dealer sanggup membelinya.
Harga ini diletakkan di dalam ruangan SELL. Bid price ini memang semestinya lebih rendah dari harga nilai pasaran bagi sesuatu pasangan matawang itu (inilah yang dikatakan perbezaan spread yang akan dibincangkan sebentar lagi). Bermakna, jika anda hendak menjualnya, harga anda adalah beberapa pips dibawah harga pasaran.

Asas Forex | Apa Itu Spread?



APA ITU SPREAD?
Perbezaan diantara harga BID dan ASK dinamakan SPREAD.
Gambarajah di atas adalah sesuatu yang lazim dapat dilihat di mana-mana laman web FOREX atau perisian trading broker-broker FOREX.
Pada contoh diatas menunjukkan EUR/USD di mana Euro adalah matawang dasar (BASE CURRENCY) dan USD adalah Quote currencies. Dalam contoh gambarajah diatas anda boleh membeli Euro dengan kadar 1.4502 dan anda boleh menjual Euro dengan kadar 1.4505
Spread dalam contoh ini adalah perbezaan di antara harga BUY dan SELL. Dalam contoh ini, spread adalah USD$1.4502 – USD$1.4505 =USD$0.0003 atau juga dikenali sebagai 3 pip. Ini bermakna, jika anda telah membeli pair ini pada harga 1.4505 dan tiba-tiba menukar fikiran, anda hanya boleh menjualnya pada harga 1,4502. Anda akan kerugian -3pip . Ini ialah spread. Spread inilah sebenarnya yang diambil oleh broker sebagai pendapatan atau revenue bagi syarikat broker itu.
Spread ini berbeza diantara satu pair dengan pair yang lain. Ianya juga berbeza di antara broker. Anda dicadangkan memilih broker yang memberikan spread (atau perbezaan) yang kecil kerana spread yang besar merugikan anda.